Sunday, 23 July 2017

DESTAR ANAK RAJA???


Dalam Sulalatus Salatin kelolaan A. Samad Ahmad diceritakan perihal Raja Muhammad anakanda Sultan Mansur Shah Melaka. Inilah favourite son Sultan dan baginda bercadang nak dijadikan sultan selepas ketiadaan baginda nanti.

Suatu hari Raja Muhammad ni pergi menunggang kuda. Waktu itu Tun Besar anak Bendahara bersama kawan2nya sedang bermain sepak raga bulatan.

Sebaik saja Raja Muhammad melalui kawasan tsb Tun Besar menyepak bola raga dan bola tsb terkena kepala Raja Muhammad lalu terjatuhlah destarnya.

Maka kata Raja Muhammad, "Ceh, jatuh destar kita oleh Tun Besar!" Lalu ditikamnya Tun Besar, kena belikat terus ke ulu hati. Maka Tun Besar pun mati.

Kaum kerabat Bendahara pun berkumpul ramai2 dgn senjata terhunus nak balas dendam. Apabila Bendahara dapat tahu disuruhnya orang2nya bersurai, kerana katanya "istiadat hamba Melayu tiada pernah derhaka. Tetapi akan anak raja seorang ini, janganlah kita pertuan."

Setelah Sultan dapat berita ini baginda pun sangat murka kpd Raja Muhammad lalu baginda batalkan hasratnya utk merajakan Raja Muhammad di Melaka.

Sebaliknya baginda menitahkan Seri Bija DiRaja utk bawa Raja Muhammad ke Pahang dan dirajakan di sana. Itulah sejarahnya.

Tapi cuba bayangkan jika Tun Besar tu orang biasa, anak petani atau nelayan. Tentu tiada siapa peduli dan ditanam diam2. Nyawanya tiada harga.

Dan beruntunglah Raja Muhammad kerana dia anakanda sultan bukan orang kebanyakan. Jadi sudah bunuh orang pun hukumannya hanya tak boleh jadi sultan di Melaka tapi tetap boleh jadi sultan di Pahang.

Maka kita orang kebanyakan ni jangan banyak songel. Jangan banyak komplen. Klu orang bangsawan, sudah lingkupkan satu agensi masih boleh dirajakan di agensi lain.


Demikian suratan alam, seperti diceritakan dalam Sulalatus Salatin. Ada faham???

Monday, 17 July 2017

KEADILAN BENG HOCK!!! BERHENTILAH MENUAI LABA POLITIK DARIPADA KEMATIAN RAKANNYA SENDIRI!!!



Hari ini telah menjangkau lapan tahun kematian Teoh Beng Hock (TBH).

Tetapi kesedihan kaum keluarga yang ditinggalkannya mungkin belum berkurang. Lebih malangnya kematian TBH ini terus dipolitikan, mana tidaknya orang politik yang serakah masih terus mengeksploitasi kematian TBH yang diselubungi misteri itu.

Hingga kini masih dipertikaikan sama ada kematian Setiausaha Politik kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor itu kerana membunuh diri sendiri atau dibunuh oleh orang lain. Sesetengah pemimpin politik masih bertegang urat leher berdegil mengatakan bahawa dia kena bunuh, walau pun tidak ada bukti yang konkrit untuk menyokong andaian itu.

Sememangnya sukar untuk membuktikan secara tuntas sama ada mendiang TBH mati dibunuh oleh orang lain atau dia membunuh dirinya sendiri. Sebaliknya yang sekarang jelas terbukti berikutan dengan kematian TBH itu adalah ‘TELAH MATI PULA’ peradaban dan rasa kemanusiaan’di kalangan sesetengah orang politik yang menjadikan kematian mendiang TBH sebagai senjata politik.

Kematian tragis insan itu telah diperalat dan dieksploitasi oleh pemimpin-pemimpin Democratic Action Party (DAP) semata-mata untuk mewujudkan suasana sensasi demi mengharapkan laba politik atau political milage. Rasa tamak dan haloba mereka hendak meraih laba politik telah mendorong mereka untuk melakukan apa saja walau pun melangkahi tata peradaban dan melanggar susila kemanusiaan.

Mereka sanggup menggali kembali mayat yang sudah dikuburkan untuk satu tujuan yang tidak pasti nilai praktikalnya. Mereka sanggup membuat SPEKULASI-SPEKULASI LIAR DAN TUDUHAN-TUDUHAN TIDAK BERASAS TANPA MENGAMBIL KIRA MAYAT AKAN TERSIKSA DAN TANPA RASA HORMAT TERHADAP ORANG YANG SUDAH MATI. Inilah yang dikiaskan dalam bahasa Melayu sebagai MANUSIA YANG TIDAK BERHATI PERUT.”

Dan LEBIH KEJI LAGI mereka melakukan pelbagai insinuasi atau andaian-andaian yang penuh sindiran yang bukan sahaja bertujuan MEMPERTIKAIKAN KEWIBAWAAN institusi pentadbiran dan keamanan negara malah juga seperti SENGAJA MENGAPI-APIKAN SEMANGAT PERKAUMAN.

Tohmahan yang dilemparkan sudah tidak terkira banyaknya terutamanya kepada SPRM sehingga ada yang mendermakan peti surat kepada SPRM. PERSOALAN SEBENAR IAITU GEJALA RASUAH YANG DISIASAT OLEH SPRM TENGGELAM???

Masyarakat sudah diheret terlalu jauh dalam isu ini sehinggakan kita tergelincir daripada landasan sebenar. Inilah kejayaan DAP YANG BERJAYA MENGTAHIKAN SPRM yang selama ini yang muslihat sebenar mahu menutup banyak kepincangan pemimpin tertentu dengan menjaja.

Jika diamati sebenar kematian TBH, boleh dirumuskan wujud AMALAN KRONISME, PENYELEWENGAN DAN MANIPULASI MELIBATKAN KEWANGAN. Sepatutnya DAP memikul tanggungjawab atas kematian TBH. Mendiang telah menyelamatkan imej DAP daripada tercemar lebih buruk.

PEMIMPIN UTAMA DAP, SEWAJARNYA MEMINTA MAAF KEPADA RAKYAT MALAYSIA, SPRM DAN TERUTAMANYA KELUARGA MENDIANG TBH.

DAP BUKAN SEPATUTNYA LAGI MEMIKUL TANGGUNGJAWAB KEMATIAN TBH, TETAPI DAP YANG PERLU DIPERTANGGUNGJAWABKAN. KERANA MEREKALAH TBH DISOAL SIASAT OLEH SPRM.

JIKA TIDAK WUJUD AMALAN KRONISME, PENYELEWENGAN DAN MANIPULASI MELIBATKAN KEWANGAN ADAKAH TBH AKAN DIPANGGIL MEMBERI KETERANGAN KEPADA SPRM???

DAPLAH PUNCA KEMATIAN TBH!!!

CM Pulau Pinang, Lim Guan Eng (LGE) yang telah didakwa atas kes salah laku rasuah pernah mendakwa kononnya TBH mati dibunuh. Tidak siapa yang tahu apa alasan atau apa bukti anak Lim Kit Siang ini berkata begitu.

LGE berkata: TBH telah dibunuh dengan kejam. Saya ingin mengingatkan mereka yang bertanggungjawab, kami tidak akan melupakan anda kerana tidak ada maaf bagi anda.Dia tidak menyebut dengan tepat siapa yang dikatakannya bertanggungjawab itu, tetapi secara berkias dia menyatakan seakan-akan dia sudah tahu siapa yang dikatakannya bertanggungjawab itu, dan dengan berkata begitu, sebenarnya dia telah menimbulkan keraguan di sesetengah pihak dan menimbulkan kegelisahan di satu pihak yang lain.

Jika LGE memang tahu bahawa TBH dibunuh dengan kejam dan tidak akan memaafkan mereka yang bertanggungjawab dia sepatutnya memberi maklumat kepada pihak polis supaya tindakan undang-undang yang wajar dapat diambil. Tetapi yang dilakukannya hanyalah membuat dakwaan-dakwaan liar.

Kenapakah LGE DAN ORANG2 DAP sangat ghairah memperlihatkan kepahlawanan masing-masing ingin membela kematian TBH itu???

Selain daripada keluarga dan kaum kerabatnya yang sewajarnya berduka dengan kematian Beng Hock, yang turut rugi dengan kematiannya ialah SPRM sendiri kerana kehilangan seorang saksi penting.

ERTINYA MASIH BANYAK BANTUAN DAN KERJASAMA TBH YANG DIPERLUKAN SPRM DALAM PROSES PENYIASATAN PERLAKUAN RASUAH TERSEBUT. SECARA LOGIK KITA BOLEH BERHUJAH PIHAK YANG INGIN TBH MATI (DAN KERANA ITU BERTANGGUNGJAWAB DENGAN KEMATIAN TBH) TENTULAH PIHAK YANG MERASA PALING DIRUGIKAN DENGAN PENDEDAHAN MAKLUMAT DARIPADA TBH.

KS berharap tiada lagi pihak mempersoalkan punca kematian TBH apatah lagi mahu terus menjadikannya perkakas politik. Sebagai manusia yang berperadaban, kita turut berduka cita dan bersimpati dengan keluarga dan kaum kerabat orang yang mati. Tetapi sebagai manusia yang berperadaban, kita juga merasa sedih kerana peradaban dan rasa kemanusiaan turut dibunuh oleh ORANG TERTENTU YANG TIADA BERHATI PERUT YANG INGIN MENUAI LABA POLITIK DARIPADA KEMATIAN RAKANNYA SENDIRI.

KEPADA SPRM, usahlah goyah jika ada GOLONGAN2 OPRANG POLITIK yang tidak disenangi TINDAKAN AGRESIF SPRM SEJAK KEBELAKANGAN INI.

Para pegawai SPRM telah menjalankan ribuan siasatan selama ini. SATU DUA INSIDEN BUKAN CERMINAN KEPADA KELEMAHAN ATAU KEGAGALAN agensi itu. KS berharap moral para pegawai SPRM tidak akan terjejas.

Tugas memerangi rasuah dan penyelewengan di mana-mana negara berdepan dengan cabaran getir. Halangan utama adalah daripada GOLONGAN KORUP MINDA YANG MEMPOLITIKKAN KES RASUAH sebagaimana dilakukan pemimpin MANA2 DAP ATAU ORANG2 POLITIK.

PEMIKIRAN YANG KORUP ITULAH YANG AKHIRNYA MENJADIKAN SPRM SEBAGAI KAMBING HITAM DAN MANGSA POLITIK.


Tuesday, 11 July 2017

PIRATES OF THE CARIBBEAN VERSI SENTAP!!!


Jack Sparrow ketua lanun
Di laut dan di darat kerja menyamun
Memang dia ni jenih malaun
Menyusahkan orang bertahun2.
Kapten Barbossa cuba nak lawan
Utk kalahkan Jack Sparrow dan gerombolan
Walau dah 13 kali mereka berdepan
Tapi Jack Sparrow tetap mampu bertahan
Tiba2 Kapten Barbossa tukar haluan
Dengan Jack Sparrow dia nak berkawan
Dia kata sesama lanun tak boleh bermusuhan
Bersatulah semua demi perpaduan
Semua org laut dan org darat pun kehairanan
Kenapa Kapten Barbossa berubah pendirian
Ada yg kata dia dah termakan umpan
Entahlah yg tahu hanya Tuhan
Tiba2 pulak Pope Vatican buat kenyataan
Jack Sparrow hendaklah dimaafkan
Buat kesilapan sudah lumrahnya insan
Apatah lagi yg di puncak kepemimpinan
Maka Kapten Barbossa perlu jualkan kapalnya
Kerana tak perlu lagi mengejar Sparrow dan lanun semua
Bagus kalau Barbossa tukar profession pula
Jadi penggali kubur sukarela di belakang gereja
Jack Sparrow cukuplah senang hati
Tiada siapa lagi yg boleh menghalangi
Boleh lah dia melanun lagi sesuka hati
Utk beri hadiah kpd Elizabeth yg disayangi
Maka hidup bahagia lah kedua2 mereka
Dgn segala kemewahan bagai di syurga
Org laut dan org darat pula hidup merana

Akhirnya jadi batu karang tempat ikan dan sotong kurita...

Nota kaki: ada yang terasa ke???

Saturday, 8 July 2017

KERNA NYAMUK

KERNA NYAMUK


seekor nyamuk
berlegar di ruang udara
mencari mangsa
utk meneruskan hidupnya
seekor nyamuk
hinggap di tubuh manusia
menghisap rakus darahnya
dan memasukkan racun ke liang roma
lalu meranalah manusia semua
lalu hatiku remuk
terasa nak mengamuk
bila kau dah mula menjadi nyamuk...


KERNA NYAMUK YANG KECIL JIKA TIDAK DIBASMI MEMBAWA KEROSAKAN, 
WABAK 
DAN 
KEMUDARATAN BESAR KEPADA MASYARAKAT

Wednesday, 5 July 2017

SERAH DIRI ATAU TERUS DIBURU!!!SIAPA BURU SIAPA???

Hanya 161,056 pendatang asing tanpa izin (PATI) didaftarkan untuk kad sementara atau 'Enforcement Card' (E-Kad)  PATI. Imigresen mula melakukan operasi besar-besaran memburu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) sebaik sahaja tempoh permohonan kad sementara Enforcement Card (E-Kad).

Operasi mega tersebut khabarnya diketuai sendiri Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali. Agak gembira dengan tindakan tegas dan agresif Ketua Pengarahnya .

Sememangnya itulah komitmen yang diharapkan kerana Jabatan Imigresen adalah agensi paling penting dalam soal kemasukan warga asing ke negara ini. Selain  agresif membersihkan PATI di negara ini, Mustafar juga seharusnya juga peka dengan sebarang kepincangan yang berlaku dalam agensitersebut yang  boleh mengundang petaka kepada negara.

Hari ini kita dikejutkan dengan berita seorang pegawai penguat kuasa imigresen yang didakwa menerima suapan RM200 kerana melindungi PATI pada tahun lalu, merayu agar tidak dibuang kerja selepas mengaku bersalah di Mahkamah Khas Rasuah Kuching.

KERANA RM200 SANGGUP MENGADAIKAN AMANAH???

Agensi seperti Jabatan Imigresen PERLU BERSIH DARIPADA SEGALA PENYALAHGUNAAN KUASA bukan sahaja dari segi penyeludupan warga asing tetapi juga dalam soal pengeluaran permit termasuklah pengeluarkan E-Kad yang telah mula dipalsukan.

Begitu juga penguatkuasaan di sempadan dan pintu masuk negara seperti lapangan terbang mahupun pelabuhan, Jabatan Imigresen mempunyai tanggungjawab penting bagi memastikan warga asing tidak sewenang-wenangnya boleh membolosi negara ini.

Bagaimanapun sama adaagensi itu mampu melaksanakan tanggungjawabnya dengan berkesan atau tidak, BERGANTUNG KEPADA KEJUJURAN DAN INTEGRITI DALAM KALANGAN PEGAWAI DAN ANGGOTA. Merekalah kelompok paling utama yang boleh menentukan sama ada Jabatan Imigresen boleh benar-benar ‘bersih’ atau tidak.

Hakikatnya, selama ini terlalu banyak cerita yang KS dengar mengenai agensi tersebut, namun KS anggap ia sekadar ‘SATU CERITA’ yang belum pasti kebenarannya.

KS sentiasa ‘PERCAYA’  masih ramai pegawai dan anggota Imigresen masih mempunyai integriti yang tinggi serta tidak akan menggadaikan maruah apatah lagi ‘menjamah wang haram’ dalam menjalankan tugas mereka terutamanya di bawah kepimpinan Mustafar.

Malah KS juga percaya tidak ada dalam kalangan mereka yang bersedia mempertaruhkan kedaulatan negara dengan bayaran tertentu untuk membolehkan warga asing dengan mudah masuk ke negara ini.

Memang benar kata pepatah, JANGANLAH KERANA KERBAU SEEKOR MEMBAWA LUMPUR, SELURUH KANDANG TERPALIT DAN JANGANLAH KERANA NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA.

Berdasarkan pengalaman dan berkenalan dengan Mustafar, beliau seorang yang amat komited menjaga integriti Imigresen dan sentiasa tegas memastikan tiada elemen-elemen yang boleh merosakkan nama baik agensi itu.

Sememangnya itulah sikap terbaik bagi menerajui sebuah agensi yang cukup penting kepada negara. Khabarnya juga Mustafar sebelum meninggalkan SPRM telah dianugerahkan dengan TOKOH INTEGRITI SPRM. Diharapkan Jabatan Imigresen akan sentiasa tegas dalam soal integriti dan sama sekali tidak membuka ruang kepada mana-mana individu untuk menjadi pengkhianat negara dengan terlibat dalam kemasukan warga asing secara tidak sah hanya kerana mendapat imbuhan tertentu.


NOTA KAKI: JANGAN PULA SEDANG ASYIK MEMBURU PATI TIBA2 PEGAWAI IMIGRESEN DIBURU SPRM PULA.

Tuesday, 4 July 2017

INGATLAH…KELUARGA KITA...HARTA KITA!!!PERTAHANKANLAH!!!


Orang2 yg tak faham tertanya2 kenapa org Malaysia khususnya org Melayu bersusah payah nak balik kampung setiap kali cuti perayaan.

Bukan hanya hari raya Idilfitri dan raya Haji. Malah cuti perayaan apa sekali pun asal ada cuti lebih daripada 2 hari orang Melayu akan berpusu2 balik kampung. Habis semua lebuhraya sesak.

Ada yg memandu berpuluh jam. Tapi belum dengar org Melayu yg bersumpah dan bertobat tak mau balik kampung. Teruk mcm mana pun tetap nak balik. Pantang raya.

Maka apakah tarikannya? Jawapannya adalah kerana tarikan ikatan kekeluargaan. Kita org Melayu sangat percayakan kekeluargaan. We believe in family ties. Kita mengamalkan extended family atau keluarga besar.

Menurut ahli sosiologi dan anthropologi ada beberapa jenis keluarga di dunia. Yg pertama keluarga nuklear. Keluarga ini terdiri daripada mak, bapak, anak 2 orang dan anjing atau kucing seekor. Keluarga jenis ini banyak diamalkan di Barat dan negara maju. Sedikit demi sedikit sudah mula menular masuk ke Malaysia.

Yg kedua ialah keluarga astronaut. Keluarga ini berterabur ahlinya di beberapa negara. Contohnya bapa bekerja di negara asal Malaysia dan anak dan isteri berpindah dan tinggal di Australia. Sesekali semasa cuti bapa akan melawat keluarganya di luar negara itu. Keluarga jenis ini belum popular dlm kalangan org Melayu walaupun dah ada beberapa org rakan saya mengamalkannya.

Jenis ketiga keluarga besar. Ini yg banyak kita amalkan. Keluarga ini terdiri daripada Mak, bapak, anak2, atok, nenek, mak2 saudara, bapa2 saudara, sepupu, dua pupu, pelesit nenek saudara, hantu raya atok saudara, harimau jadian atok dan sebagainya.

Kemeriahan berkumpul inilah yg menjadi tarikan sehingga kita sanggup mengharung jem dan meredah kamera AES di lebuhraya setiap kali cuti.


Tapi berapa lama lagikah tradisi ini boleh bertahan? Satu generasi lagi???...

Monday, 3 July 2017

CAMPUR TANGAN AMERIKA…INI KALILAH!!!

Apakah tindakan diplomatik yang diambil apabila Amerika melalui Jabatan Keadilan (DOJ) didakwa "campur tangan" mengenai hal ehwal dalaman negara kita?

Adakah kerajaan telah menghantar memorandum bantahan yang paling tegas kepada Duta AS di sini? Adakah Malaysia membawa isu "CAMPUR TANGAN" (suatu yang sangat serius) kepada badan dunia seperti PBB dan sebagainya?

KS fikir kerajaan mesti dan tidak ada pilihan untuk mengambil tindakan tegas ke atas "CAMPUR TANGAN" dengan menuduh wang 1MDB di Amerika dicuri.

Seyogia diingatkan bahawa tindakan Amerika kepada negara ini amat besar. Ini dibuktikan apabila bangunan Parlimen digambarkan sudah dibelit oleh ular raksasa dan mulutnya hampir menelan puncak bangunan Parlimen.

Seingat KS belum pernah kuasa asing digambarkan dengan begitu dahsyat "MENGGANGGU" kedaulatan negara kita.

INI KALILAH YANG PALING DAHSYAT!!!

Tetapi adakah tindakan diplomatik setimpal dengan kedahsyatan "CAMPUR TANGAN" Amerika itu? Takkan tidak boleh diambil tindakan langsung, setidak-tidak Pemuda UMNO membuat perhimpunan aman di depan Kedutaan AS.

KS sebagai rakyat biasa yang tidak ada apa-apa kuasa mahu melihat tindakan supaya KS yakin dengan kesungguhan kerajaan menghalang "CAMPUR TANGAN" Amerika ini.

Pemimpin kerajaan mesti bertindak kepada pihak luar khususnya Amerika, bukannya terus memberitahu rakyat yang Amerika "CAMPUR TANGAN" dalam negara kita.

Yang mahu didepani oleh kerajaan ialah pihak luar, bukannya rakyat sendiri. Sama ada rakyat percaya atau tidak wujud "CAMPUR TANGAN" tidak akan memberi apa-apa kesan terhadap suara Malaysia di pentas dunia, kecuali bersuara dengan tegas di pentas dunia.

Kalau untuk menunjukkan keberanian mempertahankan tanah air, buatlah seperti Muammar Gaddafi yang mengoyak piagam PBB kerana memprotes.

INI SOAL MARUAH NEGARA, AYUH BUKTIKAN PENENTANGAN KITA TERHADAP "CAMPUR TANGAN" AMERIKA INI!!!

Media yang dikawal kerajaan sepatutnya sudah lama menyerang dasar-dasar luar Amerika yang samseng kepada negara-negara kecil.

Moga-moga tulisan yang keras dan berani ini dipetik oleh agensi berita luar dan mesejnya sampai kepada sasaran. Penulis-penulis yang berani di media kawalan kerajaan mesti bangkit melawan Amerika.

KERJA "BELASAH" PEMBANGKANG BAGI KEPADA CYBERTROOPER ATAU BUDAK-BUDAK STRINGER SAJA.

Amerika tidak tahu kita membantah kalau hanya menyerang pembangkang dan individu-individu tertentu. KOMEN-KOMEN TUNKU AZIZ TIDAK BEGITU RELEVAN DAN BOLEH DIKURANGKAN. TAKKAN BERANI DENGAN TUN M SAHAJA???

Bagi Amerika, itu isu dalaman apatah lagi berulang-ulang memetik komen individu yang bukan saja tidak berwibawa di peringkat antarabangsa, di dalam negara pun orang mempersendakannya.

Menangani "CAMPUR TANGAN" kuasa luar seperti Amerika tidak akan ke mana-mana kalau sasaran hanya kepada rakyat dalam negara. Ini isu melibatkan hubungan diplomatik antara negara.

Janganlah sampai rakyat hilang kepercayaan dan memperli kerajaan, "MUSUH KITA AMERIKA BUKANNYA PEMBANGKANG YANG AMAT TIDAK BERDAYA ITU?"

KS harap kerajaan tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk MENYATAKAN BANTAHAN KERAS TERHADAP "CAMPUR TANGAN" AMERIKA YANG PALING DAHSYAT INI.


KALAU PARLIMEN KITA PUN HAMPIR DITELAN, HENDAK TUNGGU "CAMPUR TANGAN" YANG MACAMMANA LAGI UNTUK KITA ANGKAT KEPALA?