Tuesday, 21 March 2017

SALAM NEGARA KU


KS ada dengar sekarang ini ungkapan 'Salam Satu Malaysia' yang selalu di ucapkan dimajlis-majlis rasmi dan rancangan kerajaan itu akan diganti.

Sebab pemerintah sedang hebat suruh rakyat jadi 'patriotik' sekarang ni, ungkapan ini mungkin ditukar kepada 'Salam Negara Ku'

Tujuannya supaya bila rakyat dengar ungkapan ini setiap hari, mereka akan dengan sendirinya jadi 'Patriotik'.

Definasi 'Tidak Patriotik' pula dihalusi lagi. Ia kini cuma bermakna tindakan 'memburukkan' negara, sehingga pelabur luar enggan melabur.

Menipu, curi wang negara, menutup kebenaran dan memalukan negara tidak dikira sebagai 'tidak patriotik'. Kira ok lah.

Tak kisah lah rakyat jelata salam apa nak diungkapkan pun. Kami ada banyak yang lebih mustahak untuk difikirkan.


Kami 'KIRIM SALAM' sajalah.

No comments:

Post a Comment