Tuesday, 18 April 2017

CAKAP SIANG PANDANG2…YANG SEKELILING BERGELUMANG DENGAN RASUAH DAN SALAH GUNA KUASA... BUKAN PENGKHIANAT NEGARA DAN BANGSAKAH????


"Kalau ada bukti-bukti berhubung kait saya dengan rasuah, laporkan kepada SPRM.

"Saya sendiri sanggup berdepan apa sahaja kalau ada bukti ...kerana kedudukan saya ini bukan kerana Datuk Seri Hishammuddin tetapi sebagai Menteri Pertahanan untuk menjaga pertahanan dan keselamatan negara ini,".

"Hal ini bukan sahaja tidak bermoral malah menjatuhkan maruah dan integriti warga Mindef serta boleh memberi kesan kepada keselamatan negara.

"Bab ini (rasuah) saya tidak akan berkompromi dan saya berharap bahawa kita sedar kedudukan dalam MINDEF, ATM (Angkatan Tentera Malaysia) dan syarikat industri pertahanan yang dapat kontrak besar (daripada Mindef) supaya berintergriti tinggi.

Bukan main hebat lagi gaya Menteri Pertahanan aka Menteri Tugas2 Khas YB Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein(H2O) sewaktu memberi AMARAN kepada staff ATM dan MINDEF dalam satu majlis di Kuala Lumpur semalam.

Kata H20, mereka yang terlibat dengan kes RASUAH, akan dikenakan tindakan tegas termasuk ditukar ke kementerian lain.

Bukan itu sahaja, H20 turut labelkan mereka yang mengamalkan rasuah ini sebagai PENGKHIANAT NEGARA DAN BANGSA!!!

Alangkah eloknya jika ketegasan H2O itu ditujukan khas buat pemimpin yang ada RM42 juta wang SRC International dalam akaun peribadinya…Bukan apa sebab Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali  sudah jelaskan beliau tidak pernah mengarahkan SPRM MENGHENTIKAN SIASATAN wang RM42 juta daripada SRC International yang berada dalam akaun bank peribadi pemimpin tersebut.


ITULAH RASUAH SEORANG PEMIMPIN YANG MENGAMALKAN PEMERINTAHAN KLEPTOKRASI...Mencuri duit rakyat sewenang-wenangnya.

Pemimpin inilah yang merupakan PENGKHIANAT sebenar agama, bangsa dan negara yang sepatutnya H2O sendiri lebih arif tentangnya berbanding pemimpin lain dan ambil maklum kenyataan Peguam Negara tersebut.


INGAT!!! NEGARA BUKAN ISLAM NAMPAKNYA LEBIH TEGAS MEMBANTERAS RASUAH DALAM KALANGAN PEMIMPIN TINGGI.  HAKIMNYA BUKAN ISLAM, PEGUAM NEGARA PUN BUKAN ISLAM DAN BUKAN YANG BERDOLAK DALIH DAN BUKAN 'ESTABLISHED' DENGAN TAG LINE….TETAPI TINDAKAN YANG SELARI DENGAN ISLAM YANG TEGAS MENOLAK RASUAH!!!

1 comment:

  1. Pasal bab2 rasuah..islam..halal..haram..itu kna tnya sekutu kuat dia iaitu pas..pak lebai tu kan selalu keluarkan amanat..ni tk nk keluarkn lg ke amanat...bn tu islamik..tk kafir lg...

    ReplyDelete