Sunday, 18 June 2017

ADOILA OH ADOILA...

ADOILA OH ADOILA


AKU
macam dulu jugak
tak berubah dan tak berganjak
dalam hati dah kukuh bertapak
hasrat utk melihat negara tercinta
bebas daripada segala petaka
terutama angkara manusia durjana
seperti rasuah dan salah guna kuasa

DIA ORANG
menjengkelkan dan memualkan
dgn bermacam helah dan alasan
serta perlakuan yg tak ketahuan
sekejap kiri sekejap kanan
seolah2 tiada pendirian
hingga aku hilang keyakinan
utk terus memberikan sokongan

DAN LAGU
Yang dulu menjadi nyanyian
dan siulan serta pujaan
tiba2 sumbang kedengaran
irama dan lagu sudah tak sehaluan
hanya mencetus kebisingan
membunuh segala keindahan
mematikan minat perjuangan
impian pun menjadi igauan

akhirnya ADOILA menjadi slogan...

No comments:

Post a Comment