Saturday, 17 June 2017

DOJ TERKEDU!!!TERUS KESIPUAN DAN KEMALU-MALUAN!!!

Mentang-mentanglah Amerika itu negara besar tapi jangan "BULI" negara kecil macam Malaysia dengan "TUDUHAN" yang direka-reka untuk menjatuhkan pemimpin yang dipilih oleh rakyat.

Baru-baru ini Jabatan Keadilan Amerika (DoJ) memfailkan saman sivil untuk merampas kembali harta bilionaire Malaysia di Amerika, Jho Low yang dikatakan dicuri dari 1MDB.

Menuduh Jho Low hidup ultra mewah dengan wang 1MDB adalah "FITNAH" kerana Jabatan Peguam Negara dan SPRM merumuskan tidak ada salah laku dalam transaksi 1MDB.

DoJ dan Amerika kini terkedu, kesipuan dan kemalu-maluan apabila dibidas dan diselar dengan keras oleh tokoh-tokoh berpengaruh seperti Datuk Azwandin Hamzah, Datuk Dr Puad Zarkashi, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, Tunku Aziz, Datuk Rahman Dahlan dan Datuk Salleh Keruak.

Tentu DoJ tidak pernah terfikir kerja jahat mereka untuk mereka-reka tuduhan akan disanggah dengan begitu hebat sekali.

Bagaimanapun tokoh seperti Datuk Seri Jamal Mohd Yunus Tan Sri Nalla Karuppan dan Abdul Rani Kulup setakat ini belum memberikan apa-apa reaksi. Malah Datuk Seri Jamal juga belum lagi mengarahkan gerombolan baju merah MENGUSUNG KERANDA DI DEPAN KEDUTAAN AMERIKA.

Difahamkan Pemangku Penolong Peguam Negara Amerika, Kenneth A. Blanco, Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah FBI, Stephen E. Richardson dan Timbalan Ketua IRS - Criminal Inves, Don Fort yang mereka-reka "FITNAH" ini dilanda kemurungan.


INGAT!!! Doa orang-orang yang difitnah seperti Jho Low "MUDAH DIMAKBULKAN".

Para penganalisis politik antarabangsa menganggap serangan balas oleh tokoh-tokoh ini dengan hujah-hujah padu berjaya mematahkan fitnah yang dibuat oleh DoJ terhadap syarikat pelaburan 1MDB.

Pada masa sama tokoh-tokoh ini bersependapat bahawa DoJ telah dipergunakan oleh pembangkang walaupun sebelum ini kerajaan mempunyai hubungan sangat akrab dengan Amerika.

Bukti hubungan akrab itu ialah Presiden Obama dua kali melawat Malaysia dalam jangka masa yang dekat. Persoalan kenapa Amerika melalui DoJ memfitnah Malaysia masih memeningkan kepala penganalisis.

Difahamkan DoJ telah kelam kabut dan hilang punca apabila fitnah mereka terhadap 1MDB disanggah dengan fakta-fakta yang sangat kuat oleh tokoh-tokoh kita.

Media antarabangsa yang berpengaruh juga bersekongkol dengan DoJ untuk menyiarkan berita palsu mengenai 1MDB. Oleh yang demikian rakyat diminta tidak terpengaruh dengan semua media Barat. Tambahan pula media Barat tidak profesional, tidak beretika dan tidak Islamik seperti media arus perdana tempatan.

Maka untuk mendapat maklumat yang benar terutama dalam isu 1MDB, RAKYAT HANYA PERLU MERUJUK KEPADA MEDIA PRO-KERAJAAN.


OPERASI EDITORIAL MEDIA PRO-KERAJAAN ini dijalankan dengan telus, profesional, penuh integriti dan menepati ciri-ciri Islamik iaitu melapor yang benar.

NOTA KAKI: PERGI BUAT BANTAHAN FORMAL PADA KERAJAAN AMERIKA MELALUI KEDUTAANNYA DISINI. BUKAN MELALAK PADA RAKYAT MELALUI MEDIA PRO-KERAJAAN.

Apa sebenarnya tujuan membising melalui media pro-kerajaan itu?

NAK PERTAHANKAN KEBENARANKAH ATAU NAK PERTAHANKAN JHO LOW DAN KUNCU-KUNCUNYA?

SEDARLAH...KALIAN SEMAKIN BANYAK DITERTAWAKAN RAKYAT. MALU LAH SIKIT.


Orang Melayu ramai malu lihat perangai kalian ini sebab mereka tak lihat pun menteri MCA, MIC dan Gerakan beria-ia pertahankan Jho Low dan kuncu-kuncunya itu!!!

No comments:

Post a Comment