Monday, 17 July 2017

KEADILAN BENG HOCK!!! BERHENTILAH MENUAI LABA POLITIK DARIPADA KEMATIAN RAKANNYA SENDIRI!!!



Hari ini telah menjangkau lapan tahun kematian Teoh Beng Hock (TBH).

Tetapi kesedihan kaum keluarga yang ditinggalkannya mungkin belum berkurang. Lebih malangnya kematian TBH ini terus dipolitikan, mana tidaknya orang politik yang serakah masih terus mengeksploitasi kematian TBH yang diselubungi misteri itu.

Hingga kini masih dipertikaikan sama ada kematian Setiausaha Politik kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor itu kerana membunuh diri sendiri atau dibunuh oleh orang lain. Sesetengah pemimpin politik masih bertegang urat leher berdegil mengatakan bahawa dia kena bunuh, walau pun tidak ada bukti yang konkrit untuk menyokong andaian itu.

Sememangnya sukar untuk membuktikan secara tuntas sama ada mendiang TBH mati dibunuh oleh orang lain atau dia membunuh dirinya sendiri. Sebaliknya yang sekarang jelas terbukti berikutan dengan kematian TBH itu adalah ‘TELAH MATI PULA’ peradaban dan rasa kemanusiaan’di kalangan sesetengah orang politik yang menjadikan kematian mendiang TBH sebagai senjata politik.

Kematian tragis insan itu telah diperalat dan dieksploitasi oleh pemimpin-pemimpin Democratic Action Party (DAP) semata-mata untuk mewujudkan suasana sensasi demi mengharapkan laba politik atau political milage. Rasa tamak dan haloba mereka hendak meraih laba politik telah mendorong mereka untuk melakukan apa saja walau pun melangkahi tata peradaban dan melanggar susila kemanusiaan.

Mereka sanggup menggali kembali mayat yang sudah dikuburkan untuk satu tujuan yang tidak pasti nilai praktikalnya. Mereka sanggup membuat SPEKULASI-SPEKULASI LIAR DAN TUDUHAN-TUDUHAN TIDAK BERASAS TANPA MENGAMBIL KIRA MAYAT AKAN TERSIKSA DAN TANPA RASA HORMAT TERHADAP ORANG YANG SUDAH MATI. Inilah yang dikiaskan dalam bahasa Melayu sebagai MANUSIA YANG TIDAK BERHATI PERUT.”

Dan LEBIH KEJI LAGI mereka melakukan pelbagai insinuasi atau andaian-andaian yang penuh sindiran yang bukan sahaja bertujuan MEMPERTIKAIKAN KEWIBAWAAN institusi pentadbiran dan keamanan negara malah juga seperti SENGAJA MENGAPI-APIKAN SEMANGAT PERKAUMAN.

Tohmahan yang dilemparkan sudah tidak terkira banyaknya terutamanya kepada SPRM sehingga ada yang mendermakan peti surat kepada SPRM. PERSOALAN SEBENAR IAITU GEJALA RASUAH YANG DISIASAT OLEH SPRM TENGGELAM???

Masyarakat sudah diheret terlalu jauh dalam isu ini sehinggakan kita tergelincir daripada landasan sebenar. Inilah kejayaan DAP YANG BERJAYA MENGTAHIKAN SPRM yang selama ini yang muslihat sebenar mahu menutup banyak kepincangan pemimpin tertentu dengan menjaja.

Jika diamati sebenar kematian TBH, boleh dirumuskan wujud AMALAN KRONISME, PENYELEWENGAN DAN MANIPULASI MELIBATKAN KEWANGAN. Sepatutnya DAP memikul tanggungjawab atas kematian TBH. Mendiang telah menyelamatkan imej DAP daripada tercemar lebih buruk.

PEMIMPIN UTAMA DAP, SEWAJARNYA MEMINTA MAAF KEPADA RAKYAT MALAYSIA, SPRM DAN TERUTAMANYA KELUARGA MENDIANG TBH.

DAP BUKAN SEPATUTNYA LAGI MEMIKUL TANGGUNGJAWAB KEMATIAN TBH, TETAPI DAP YANG PERLU DIPERTANGGUNGJAWABKAN. KERANA MEREKALAH TBH DISOAL SIASAT OLEH SPRM.

JIKA TIDAK WUJUD AMALAN KRONISME, PENYELEWENGAN DAN MANIPULASI MELIBATKAN KEWANGAN ADAKAH TBH AKAN DIPANGGIL MEMBERI KETERANGAN KEPADA SPRM???

DAPLAH PUNCA KEMATIAN TBH!!!

CM Pulau Pinang, Lim Guan Eng (LGE) yang telah didakwa atas kes salah laku rasuah pernah mendakwa kononnya TBH mati dibunuh. Tidak siapa yang tahu apa alasan atau apa bukti anak Lim Kit Siang ini berkata begitu.

LGE berkata: TBH telah dibunuh dengan kejam. Saya ingin mengingatkan mereka yang bertanggungjawab, kami tidak akan melupakan anda kerana tidak ada maaf bagi anda.Dia tidak menyebut dengan tepat siapa yang dikatakannya bertanggungjawab itu, tetapi secara berkias dia menyatakan seakan-akan dia sudah tahu siapa yang dikatakannya bertanggungjawab itu, dan dengan berkata begitu, sebenarnya dia telah menimbulkan keraguan di sesetengah pihak dan menimbulkan kegelisahan di satu pihak yang lain.

Jika LGE memang tahu bahawa TBH dibunuh dengan kejam dan tidak akan memaafkan mereka yang bertanggungjawab dia sepatutnya memberi maklumat kepada pihak polis supaya tindakan undang-undang yang wajar dapat diambil. Tetapi yang dilakukannya hanyalah membuat dakwaan-dakwaan liar.

Kenapakah LGE DAN ORANG2 DAP sangat ghairah memperlihatkan kepahlawanan masing-masing ingin membela kematian TBH itu???

Selain daripada keluarga dan kaum kerabatnya yang sewajarnya berduka dengan kematian Beng Hock, yang turut rugi dengan kematiannya ialah SPRM sendiri kerana kehilangan seorang saksi penting.

ERTINYA MASIH BANYAK BANTUAN DAN KERJASAMA TBH YANG DIPERLUKAN SPRM DALAM PROSES PENYIASATAN PERLAKUAN RASUAH TERSEBUT. SECARA LOGIK KITA BOLEH BERHUJAH PIHAK YANG INGIN TBH MATI (DAN KERANA ITU BERTANGGUNGJAWAB DENGAN KEMATIAN TBH) TENTULAH PIHAK YANG MERASA PALING DIRUGIKAN DENGAN PENDEDAHAN MAKLUMAT DARIPADA TBH.

KS berharap tiada lagi pihak mempersoalkan punca kematian TBH apatah lagi mahu terus menjadikannya perkakas politik. Sebagai manusia yang berperadaban, kita turut berduka cita dan bersimpati dengan keluarga dan kaum kerabat orang yang mati. Tetapi sebagai manusia yang berperadaban, kita juga merasa sedih kerana peradaban dan rasa kemanusiaan turut dibunuh oleh ORANG TERTENTU YANG TIADA BERHATI PERUT YANG INGIN MENUAI LABA POLITIK DARIPADA KEMATIAN RAKANNYA SENDIRI.

KEPADA SPRM, usahlah goyah jika ada GOLONGAN2 OPRANG POLITIK yang tidak disenangi TINDAKAN AGRESIF SPRM SEJAK KEBELAKANGAN INI.

Para pegawai SPRM telah menjalankan ribuan siasatan selama ini. SATU DUA INSIDEN BUKAN CERMINAN KEPADA KELEMAHAN ATAU KEGAGALAN agensi itu. KS berharap moral para pegawai SPRM tidak akan terjejas.

Tugas memerangi rasuah dan penyelewengan di mana-mana negara berdepan dengan cabaran getir. Halangan utama adalah daripada GOLONGAN KORUP MINDA YANG MEMPOLITIKKAN KES RASUAH sebagaimana dilakukan pemimpin MANA2 DAP ATAU ORANG2 POLITIK.

PEMIKIRAN YANG KORUP ITULAH YANG AKHIRNYA MENJADIKAN SPRM SEBAGAI KAMBING HITAM DAN MANGSA POLITIK.


3 comments:

  1. Betul tu. Pandai dorang ni divert isu. Kalau pikir logik, buat apa nak bunuh saksi sedangkan keterangan saksi tu penting utk tangkap orang jahat ni. Buat rugi sprm lagi ada la

    ReplyDelete
  2. Kesian orang yang tak bersalah digunakan utk kegunaan politik mereka ni. Betul la orang kata. Politik tu kotor

    ReplyDelete
  3. sudah matibpon digunakan utkbpolitik...nilah busuknya org2 politik kat Malaysia...semuanyabsama belaka...pndai ambil kesempatan...

    ReplyDelete